______________________________________________________________________________________________

Monday 17 October 2011

saya suka sugar gliders ((:


Tentang Sugar Gliders

Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai binatang peliharaan eksotik di kebanyakan negara. Mereka tidak tergolong dan berbeza dari keluarga 'rodent', contohnya tikus, hamster dan lain-lain. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor binatang peliharaan yang kecil. Sering kali disalah anggap sebagai tupai terbang, memelihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun? Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati. Mereka pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain.
Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai binatang peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. Sugar glider liar hidup di pokok atau membuat sarang di tumbuh-tumbuhan dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor.
           Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu, selalunya lebih panjang daripada badan mereka.
           Baby sugar glider (dikenali sebagai 'joey') selalunya berwarna kelabu, dan warna mereka akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider coklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pon warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. Jadi anda tidak perlu risau tentang ini.
          Basicly sugar glider nih bukan dari keturunan tupai atau tikus, diorg nih lebih kepada kangaroo. Asal usul dia pon Australia. Ape pon kebanyakan yang ade kat Malaysia ni dari Indonesia. Tapi yang baby semuanye breed kat Malaysia. Sugar glider betina ade kantung dekat perut dia macam kangaroo.
#dia terbang yang aku suka tuhh (: `otai tak binatang ni??,boleh terbang ag tuhh ^^,






*cerita ni korang nak tak tau mana aku dapat?? dekat blog orang ,haha just copy n paste ^^,